Monday, December 15, 2014

Bausch & Lomb(B&L) USA vs Loxottica Group Italy

Panduan ini berdasarkan pemerhatian,pengalaman serta ilmu tentang Ray-ban yang dihasilkan oleh dua syarikat terbesar sunglasses iaitu bausch & Lomb (USA) dan Luxottica (Italy). Walaupun semua model Ray-Ban yang ada dipasaran kini dihasilkan oleh Luxottica Italy, tetapi ia tidak bermakna model Ray-ban keluaran B&L buatan USA tidak dapat dijumpai di pasaran walaupun penghasilan sudah tidak dikeluarkan lagi.


Sedikit sejarah ringkas tentang Ray-Ban B&L sunglasses, penghasilanya bermula pada tahun 1937 oleh Bausch & Lomb. Ianya hanya digunakan oleh tentera Udara Amerika Syarikat (U.S.A.F) sahaja. Tetapi pada tahun 1999,Bauch & Lomb telah muflis dan diambil alih oleh syarikat kaca mata gergasi Italy, Luxottica Group. Sekarang B&L lebih menumpukan terhadap pengeluaran alat-alat optometrist sahaja seperti contact lens. Sejak pengambil alihan B&L oleh Luxottica, mereka telah mengubah beberapa ciri marking sebelum ini. Dibawah adalah beberapa perubahan yang telah dilakukan :-
- BL dulu kilang di USA dan kini RB kilang di Italy- BL ditukarkan kepada RB
- Cop RB pada sebelah kiri lens, tetapi untuk cop BL kedua-dua lens BL.

Vintage B&L Ray-Ban U.S.A. (Dikeluarkan sebelum 1999)
Adalah jenis yang sangat tinggi nilainya kerana sudah tidak di keluarkan lagi sekarang, dihasilkan beberapa dekad yang lalu oleh Bausch & Lomb U.S.A. Pada lens kanan terdapat Ray-ban logo warna emas dan putih (bergantung pada model). Kedua-dua belah lens mempunyai cop atau lorekan BL hampir pada hinges. Juga mempunya BL logo pada nose pads dan "B&L Ray-Ban U.S.A." pada bridge.



New Ray-Ban By Luxottica Group, Italy. (Dikeluarkan selepas tahun 1999)
Ray-ban baru keluaran Luxottica Group, Italy. RB logo terdapat pada lens kiri hampir dengan hinge. Juga mempunya RB logo pada nose pads.

*saya telah edit skit²

P/S JoeRayban :~ buyer perlu berhati² semasa membeli Ray-Ban. untuk Rayban B&L USA mudah kita bezakan yg tiruan kerana mempunyai banyak marking keaslian. Manakalan RayBan RB Luxottica Italy pula sangat sukar untuk bandingkan dengan yg tiruan dari China yang popular dipanggil Rayban Gred, AAA+ GRED, 10A+ Gred dan banyak lagi. ini kerana rayban tiruan RB Luxottica Italy tiruan dari China adalah 99.99% sama dengan original RB Luxottica Italy.

Rujukkan copy paste dari blog: http://yangrare.blogspot.com/
Terima kasih kepada pemilik blog. Maaf copy paste tak bagitau.

2 comments:

  1. original tulis bl pada kedua2 lens kan tuan?

    ReplyDelete
  2. sya bru tukar lens dan lens tu ada cop BL ada kah ia ori,tokey kdai tu ckp stok lama..cmna nk taw ia ori@ x,lens aviator silver miror

    ReplyDelete