The Aviator Ray-Ban menjadi gaya terkenal cermin mata hitam apabila Jeneral Douglas MacArthur mendarat di pantai di Filipina dalam Perang Dunia II, dan jurugambar mengambil gambar beliau memakainya. Ray-Ban dengan cepat mendapatkan populariti melalui peperangan yang lain dan juga terkenal di dalam filem seperti Top Gun, yang dipakai oleh Tom Cruise, Val Kilmer, and Anthony Edwards. Pada tahun 1952, Ray Ban mencipta satu lagi gaya iaitu Ray Ban Wayfarer. Perbezaannya ialah Wayfarer adalah cermin mata hitam berbingkai plastik. Reka bentuk cermin mata wayfarer ini menjadi sangat popular dikalangan golongan yang berpendapatn sederhana. Cermin mata hitam wayfarer juga dilihat digayakan oleh bintang-bintang filem, bintang TV, dan pemuzik seperti The Blues Brothers dan Michael Jackson. Ray Ban masih menjadi pereka terkemuka dalam industri cermin mata hitam dengan sentiasa berubah warna, bingkai dan kanta.
Pada tahun
1999, produksi Ray-Ban menjadi semakin merosot dan syarikat Bausch &
Lomb telah mengalami beberapa kerugian di atas kemunculan persaingan
dalam penghasilan kacamata seperti Oakley Inc yang mempunyai kepakaran mencipta design kacamata yang lebih moden dan sesuai untuk golongan muda.
Saham mereka juga telah jatuh daripada $1 kepada $78 US Dollar. Ini
menyebabkan mereka terpaksa menjual paten Ray Ban itu sendiri kepada
sebuah syarikat kaca mata di Itali iaitu Luxottica dengan nilai $640 million (The New York Times).
Namun, Syarikat Bausch & Lomb tidak menjual teknologi dan kepakaran
mereka dalam menghasilkan cermin mata hitam kepada syarikat Luxottica
tersebut.
Syarikat Bausch & Lomb ditubuhkan oleh dua orang warga GERMAN iaitu John Jacob Bausch dan Henry Lomb pada tahun 1853 dan merupakan syarikat pengeluar lens yang terkemuka dunia. Mereka telah menghasilkan pelbagai jenis lenses yang berteknologi tinggi sebelum terciptanya Ray Ban seperti "photographic lenses, spectacle lenses, microtomes, camera lenses, binocular telescopes lenses, searchlight mirrors, torpedo tube sights, periscopes, dan contact lenses". Bausch & Lomb juga telah berkerjasama dengan sebuah lagi syarikat lenses terkemuka dunia dari GERMAN iaitu Syarikat Zeiss pada tahun 1892 dalam menghasilkan optical lenses. Ini menunjukkan bahawa lenses keluaran Bausch & Lomb ini berkualiti tinggi dan tiada tandingan dengan lenses daripada syarikat lain. Maklumat penting yang anda juga perlu tahu ialah Syarikat Luxottica ini bukanlah daripada syarikat pembuatan lenses tetapi adalah sebuah syarikat pereka frame yang terkenal dengan design yang lebih moden. Pada pandangan anda yang manakah lebih utama? Design @ Kualiti? Tepuk dada tanyalah selera. Semua ini adalah fakta dan bukan andaian semata-mata. Oleh itu, kenapa anda perlu pilih Ray Ban USA?? Because they're made by Bausch & Lomb!!! Peliharalah Mata Anda!!! -Nukilan Hakcipta Hairyz E-Store-
Sumber : Wikipedia, The New York Time dan Kajian Individu.
Rujukkan daripada : http://hairyzestore.blogspot.com/p/sejarah-ray-ban-usa.html
*Terima kasih kepada -hairyzestore

No comments:
Post a Comment