Apakah itu 'Polarized' lens atau kaca polarized?
Jika anda sedang berjalan-jalan ke di tepi pantai menjelang matahari terbenam atau terbit..... Pandanglah ke arah perairan dengan riak ombak berwarna merah keemasan di sana.
Mungkin bagi sebagian orang , pantulan dari cahaya matahari di atas ombak perairan itu akan menambah keindahan panorama di tempat itu.Bagaimana dengan para pelayar atau peminat sukan pantai lain? Ya!!
Pantulan itu akan mengganggu penglihatan dalam melakukan aktiviti mereka. Bagi mereka, pantulan pada permukaan air itu sangat menyilaukan serta mengabur ketajaman pandangan mata mereka untuk melihat objek yang ada di depan mereka.
Polarized-lens atau kaca polarized adalah sebuah lensa dengan lapisan filter untuk menapis cahaya tertentu (seperti UV) yang melalui lensa tsb. Lensa polarize dengan filter ini memiliki sutu keistimewaan yang utama, iaitu dapat memantul kembali efek pantulan cahaya menyilaukan yang datang dari permukaan horizon seperti pada permukaan laut, salju, cermin kenderaan, dll. Dengan lensa ini pandangan mata menjadi lebih teduh namun tetap kontras dalam membezakan warna-warna pada pandangan sekeliling. Cuba anda lihat efek kaca lensa polarized dibawah ini
Cahaya pertama kali ditemui oleh seorang ahli matematik Etienne Louis Malus, pada tahun 1808. Seperti mana kita ketahaui, bila suatu cahaya yang merambat secara transverse dipantul pada permukaan rata melintang, maka gelombang pantulan cahaya itu akan di pantulkan pada satu arah yang tegak lurus terhadap garis pantulanya.
Cahaya matahari yang datang dari arah sudut tertentu pada permukaan kaca atau permukaan air, ia akan di'refleks'kan dan di'polarize'kan pula oleh permukaan datar tersebut. Sinar pantulan yang telah terpolarized itu bersama sinar dari lingkungan sekitarnya, akan dirambatkan menuju mata kita yang bila digambarkan ia memiliki dua komponen gelombang. Yang pertama adalah komponen gelombang yang 'vertikal', dan kedua adalah komponen gelombang 'horizontal' (yang berasal dari hasil polarize cahaya pada pantulan permukaan bidang datar tersebut). Komponen cahaya dari gelombang yang horizontal inilah yang akan dinafikan oleh 'lensa polarized' dengan arah 'polaris' yang vertikal.
Apa yang saya tahu , Rayban POLARIZED kini kebanyakkan keluaran Rayban RB Luxottica Italy. sekiranya anda membeli Rayban POLARIZED keluaran RB Luxottica Italy, pastikan ianya betul² tulen. Sebab kebanyakkan saya lihat di butik RAY-BAN penjual banyak campur stok mereka dengan RAY-BAN Gred China untuk mengaut keuntungan berlipat berganda.. Saya sendiri tidak pandai nak bezakan RB Italy dengan Gred. Kerana tiruan ini 99.99% sama.
Dalam pengetahuan saya, kesemua Ray-Ban Bausch & Lomb USA telah dilengkapkan dengan formula POLARIZED pada setiap lensnya. Cuma pada masa dulu teknologi polarize belum lagi di panggil POLARIZED. Lens POLARIZED yang glamour untuk Ray-Ban Bausch & Lomb USA antaranya ialah Ray-Ban G15 GP, RB50 Polarized dan Ray-Ban Ultra. Harga Model Rayban Polarized B&L USA dianggarkan RM2000-5000+.
P/S: cara menentukan lens itu polarized atau tidak boleh test di kedai cermin mata yangmempunyai kad polarized seperti saya lampirkan ini sebagai contoh.
rujukkan telah di copy paste dan saya edit dari : http://yangrare.blogspot.com
*Terima kasih kepada pemilik blog.
No comments:
Post a Comment