Monday, December 15, 2014

Ray-Ban Diamond Hard BL USA vs FAKE

Assalammualaikum..,

Selamat sejahtera kepada semua pembaca. Hari ni saya nak share tentang perbezaan rayban diamond hard b&l usa dengan yang tiruan. Kini ramai penjual yg menjual rayban diamond hard dan mengatakan ianya original BL tetapi sebaliknya.

*Ray-Ban Wayfarer ll Folding B15 Diamond Hard (original B&L usa)
*copy dari bro marcjue blog http://mjrayban.blogspot.com/

Rayban diamond hard B&L USA sangat popular di Malaysia dan disebabkan oleh permintaan tinggi harga Ray-ban diamond hard naik mencanak tinggi. Sebuah kaca mata Ray-Ban Diamond Hard boleh mencecah sehingga Rm4000+(rayban wayfarer folding diamond hard) dan mungkin akan terus naik.

Jadi saya nak share sedikit cara & tips untuk membeli rayban diamond hard agar tidak tertipu dengan yang tiruan. Harap semua selidik dan kaji dahulu sebelum membeli.

PERBANDINGAN RAY-BAN DIAMOND HARD B&L USA vs RAY-BAN RB atau CHINA GRADE

gambar dibawah adalah contoh rayban tiruan yang banyak dijual online atau di butik rayban:
*FAKE

*FAKE

*FAKE

*FAKE

 Sekiranya anda ditawarkan dengan Rayban Diamond Hard yg mempunyai ciri² seperti gambar diatas, sila berwaspada kerana ianya adalah FAKE / tiruan. Tetapi sekiranya anda sudah maklum ini bukan rayban diamond hard bausch & lomb dan tetap nak beli, harga jualannya ialah antara rm60-150.

Disini saya share lagi gambar rayban diamond hard tiruan yang dijual dalam MUDAH.my dengan harga sama rayban original usa.
*FAKE

*FAKE

sangat tidak berbaloi. harap maklum. sekali terbeli, nangis tak berlagu jawabnya.

Contoh rayban diamond hard original B&L usa. seperti gambar dibawah:

*Ori B&L USA

*Ori B&L USA  

gambar dari blog marcjue. tQ bro marcjue.

TIPS : ciri RAY-BAN DIAMOND HARD Bausch & Lomb USA
  1. rayban diamond hard TIADA model shooter (model odm/besi)
  2. rayban diamond hard TIADA frame hitam (model odm/besi)
  3. frame tebal, paddle tebal.
  4. paddle TIADA tulisan sebelah dalam.
CIRI² KEASLIAN RAYBAN DIAMOND HARD:
 
  • No.1 & 2 lipatan besi nosepad dan gading lebih sebelah depan
  • No.3 frame yang tebal
  • No.4 cop BL pada lens
  • No.5 Paddle tebal tulisan "rayban" hanya di luar dan kosong sebelah dalam
  • tambahan info -nosepad lebih lebar/besar daripada rayban lain.
p/s:~ saya syorkan anda membeli rayban diamond hard bausch & lomb original usa. kenapa? sebab membeli yg original sangat berbaloi. 4 tahun lepas harga dalam rm800-1200 tetapi sekarang dah capai rm1800-4000 dan akan terus meningkat.

sekian,

JoeRayban

terima kasih kepada pemilik gambar, info dan segalanya ..
 

6 comments:

  1. Mau beli yang diamond hard masih punya?

    ReplyDelete
  2. Kalu shooter changgeable ori mcmana bos.... Kwn sy hampir trtipu

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Hampir ditipu rm1400 untuk 3pcs kononya koleksi peribadi diamond hard,3 tahun,limited edition keluaran tahun 2000(something)original seludup butik..tp document xde...14/8/2019 pengajaran sangat berguna...alhamdulillah selamat.

    ReplyDelete